Sunday, November 28, 2010

Pertolongan Syaitan

Pada suatu hari, Saidina Ali berjalan ke masjid untuk berjemaah Subuh bersama Rasulullah dan para sahabat. Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba Saidina Ali terpijak lopak air dann terjatuh, habis kotor pakaian baginda. Lalu kembalilah baginda ke rumah menukar pakaian.

Setelah menukar pakaian, berjalanlah semula baginda ke masjid. Apabila sampai ke lopak air tadi, sekali lagi baginda terjatuh. Lalu kembalilah semula ke rumah menukar pakaian.

Setelah itu, berjalanlah lagi Saidina ALi ke masjid. Apabila sampai ke lopak tadi, sekali lagi Saidina Ali hampir terjatuh, tetapi tak terjatuh, seolah-olah berlaku keajaiban. Baginda pun teruslah berjalan ke masjid menunaikan solat subuh bersama Rasulullah.

Selepas solat subuh, baginda pun bercerita perihal kejadian tadi kepada baginda Rasulullah SAW. Lalu baginda Rasulullah SAW berkata, Syaitanlah yang telah menyelamatkan kamu untuk kali ketiga tersebut. Saidina Ali kehairanan lalu bertanya kenapa syaitan menolong baginda. Rasulullah menjawap,
Kali pertama kamu terjatuh, Allah ampunkan segala dosa kamu. Kali kedua kamu terjatuh Allah ampunkan segala doa Keluarga kamu. Nescaya kalau kamu jatuh kali yang ketiga Allah akan ampunkan dosa seluruh penduduk Mekah. Syaitan takut segala dosa penduduk Mekah terampun, maka sia-sialah usahanya selama ini.

No comments:

Post a Comment