Tuesday, December 17, 2013

FARDHU SYAHADAT


FARDHU SYAHADAT ITU 2
1. Meng ikralkan dengan lidah. “ Mengucapkan dengan lidah “
2. Mentasdiqkan dengan hati. “ mengartikan dengan hati “

ADAPUN RUKUN SHAHADAT ITU 4 
1. Mengisbatkan zat ALLAH SWT
2. Mengisbatkan sifat ALLAH ta’ala
3. Mengisbatkan afaalunglah Ta’ala
4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah SWA

ADAPUN SYARAT SYAH SYAHADAD ITU 4
1. Diketahui “ harus kita ketahui ALLAH itu ada”
2. Diikralkan dengan lidah “ mengucapkan “
3. Ditasdiqkan dengan hati “ meng artikan dengan hati”
4. Diamalkan “ dipelajari “

ADAPUN YANG MEMBINASAKAN SYAHADAT ITU 4
1. menduuakan ALLAH ta’ala
2. syok hatinya ( ragu-ragu)
3. menyangkal dirinya di jadikan ALLAH ta’ala ( mengakudiri sebagai ALLAH )
4. tiada diisbadkan zat ALLAH ta’ala

ADAPUN KESEMPURNAAN SHAHADAT ITU ADA 4
1. Diketahui “ harus kita ketahui ALLAH itu ada”
2. Diikralkan dengan lidah “ mengucapkan “
3. Ditasdiqkan dengan hati “ meng artikan dengan hati”
4. Diyakinkan “ meyakini bahwa ALLAH itu ada “

ADAPUN YANG DINAMAKAN SYAHADAD YAITU 2
1. ASHADUANLAAAILAAHAILALLAH ( syahadad tauhid )” tiada tuhan yang kusembah selain ALLAH”
2. WAASHADUANNAMUHAMMADDARASULULLAH (shahadad Rasul )” saya bersaksi Nabi Muhammad utusan ALLAH”

http://atadrocom.blogspot.com/2010/05/syarat-fardhu-syahadat.html


Nota: Komen sahabat2.

MH: Nabi Muhammad yg terbukti benar tp xpaksa orang lain..syahad ni adalah tapak agama,kalau tapak dh kukuh,brlah kukuh tiang didirikan. tapak pulak terdiri daripada 4 sudut..ada 4 sudut,adalah tapak..seimbang antara jarang satu sama lain adalah tapak yg terbaik..

KA: betul2. Shahadat nilah tapak agama. Tak buat tapak cmna nak dirikan tiang. Kalau diri jugak buleh la. lama2 reput dan runtuh.

AA: kalu takat faham, ianya gini; syahadah ni adalah 'sedar dengan kenyataan'. maksudnya, semua itu adalah nyata, logik, real dan mmg dok ada. walau perkara ghaib sekali pun, tetap ia leh di fikirkan dgn logik dan leh di explain. ghaib tu adalah tak nampak dek mata, rasa dek kulit, dengar dek telinga tapi ia dapat di fahamkan dengan akal, yakin dengan hati.

MH:  tp nk buat tapak 3 sudut aja pun bleh gak..cuma x cantik la rumah tu nnt..

KA: Betul 4 tapak itulah syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Saling menguatkan dan melengkapi.

MH: pendek kata syahadah adalah keyakinan..keyakinan boleh datan dgn byk cara..ada yakin melalui ilmu,yakin melalui pengalaman,yakin melalui buku..tp keyakinan manakah yg paling utuh sekali?

AA:  gini;
syahadah kan tntg yakin ada dzat ALLAH. tapi syahadah tu juga ertinya yakin dan nampak. tapi sudah tntulah tak akan nampak dzat ALLAH kecuali pentajjalian dzat tu sebagai makhluk. maka, di situ nampak lah kita semua di hadapan kita itu adalah MAKLUK (dzat ALLAH yg dah 'berupa bentuk'/tajjali). Jadi, apa kita nampak di depan kita semua ni adalah dzat ALLAH semata2 walaupun dah berpakaian dgn berupa makhluk. so, di mana ada makhluk, di situ ada dzatNYA, sudah semestinya wajib ada. 
apapun, dzat tetap dzat, makhluk tetap makhluk. 'bersembunyi dlm terang/nyata/real'
p/s: wajib ada sebab pada diri itu 'lebih dekat dari urat leher'.


KA: Kata AA syahadah ni adalah 'sedar dengan kenyataan'. Sedar tapi kdg tak menyaksikan. Ni yg susah. Kalau menyaksi... apa? bila? di mana?

AA: adess..
menyaksi apa = segala2nya itu adalah dari dzat ALLAH
bila= sentiasa. tak boleh tinggal, kalu tinggal pun, wajib ia ada.
di mana = di mana sahaja, kemana sahaja, everwhere.
alam syahadah = alam yg boleh di lihat. tutup mata pun masih melihat. tgh tidur pun, masih melihat. dlm gelap pun, masih melihat warna hitam gelap tadi. everywhere. everytime. tak leh lepas dan di lepaskan.



Monday, April 22, 2013

Jangan Cari Yang Lebih

Nasi tak habis yg lebih makan tu kita buang
Kayu dah potong buat rumah yang lebih kita buang
Kain potong buat baju perca yang lebih kita buang
Semua yang lebih ni tak berguna kena buang.
Sama la jugak ilmu, jangan cari ilmu yang lebih drp orang. Tak da gunanya.

Carilah ILMU KESEMPURNAAN.

Yang sempurna inilah yang Rasulullah bawa. Rasulullah itu datang menyempurnakan. Maka carilah ilmu kesempurnaan.

Thursday, January 3, 2013

Amal dan Solat



Kata Tok guru: 
Beramal dengan tiada ilmu makrifat batal. Makrifat itu mengenal, mengenal halal mengenal haram, mengenal sah mengenal batal. Darimana punca nak kenal? daripada belajar. Dapatlah ilmu kita tahu, daripada tahu itu kita pegi ke makrifat, kenal lebih halus lagi...
Nak kenal ni nak kena belajar...

Beramal dengan tiada makrifat batal. 

Beramal dengan ada ilmu serta makrifat takdak petua kosong...




Bermula semayang itu tiang agama. Barangsiapa meninggalkan semayangnya tiada tiang. Tiang dah ada tapaknya mana? Di mana tapak ugama???

Tapak ugama ni ada 4. Syariat, tarikat, hakikat, makrifat. Kalau salah satu tak ambik habis...


Pastu tiang 4 penjuru iman, islam, tauhid, makrifat. 4 penjuru dimanakan ia di mekah kaabah atau baitillah.




~TK~

Friday, December 14, 2012

Huda Lil Muttaqin

Tok guru: Ni pandai baca ihdinassirotholmustaqim, nak dapat ihdinassirotholmustaqim kena ada huda.

Murid: ...huda lil muttaqim...

Tok Guru: ...huda lil muttaqim, bila kita dapat huda lil mustaqim, baru kita berjalan ala sirothol mustaqim.
                Bila ala sirothol mustaqim baru tanzilal 'azizirrahim, ditunjukkan oleh Tuhan sendiri.

Murid: Nak dapatkan huda lagu mana pulak tok guru?

Tok Guru: Huda ni orang penunjuk, orang yang bawak. Barulah huda lil mustaqim, dia berjalan atas jalan    yang betul.

bersambung...

Wednesday, July 4, 2012

Bayang Oh Bayang

Mustahil ada Bayang, jika ia tidak berserta dengan yang empunya BAYANG;
Mu kenal ASAP jawab si murid API
Mu kenal Baju jawab si murid KAPAS
Mu kenal Roti Canai jawab si murid Tepung
Renung2kanlah firman Allah ini;
Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? 
Bagaimana Ia menjadikan bayang2 itu terbentang (luas kawasannya)
dan jika ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian kami jadikan Matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang2 itu. Al-Furqan:45

6 Ayat

Daripada 6666 ayat ada 6 ayat yang kena ingat:

Bismillahhirrohmanirrohim;

1. Allah hullazi kholakhossama wa tiwal ard wa bainahuma fisittati aiyya mim sommastawa alalardshi.
Allahlah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam masa enam masa kemudian dia bersemayam di atas arash

2. In nallazi nakafaru min ahlilkitab
Sesunguhnya orang2 kafir yakni ahli kitab

3. Wal musriki nafinarijahannam
Dan orang2 musrik akan masuk neraka jahannam

4. Fawailul lilmusollin allazi nahom an solatihimsahun
Maka kecelakaan bagi orang2 yang bersembahyang iaitu orang2 yang lalai dari sembahyangnya

5. Lakhod kho laq nal insanafi ahsanitaqwin
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik2nya

6. Sommarodadna huasfalasa filin
Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah2nya

Friday, April 20, 2012

Orang vs Manusia

S: Kita nak ke mana ni Ayah?

J: Pi tengok orang...

S: Tgk orang kat mana?

J: Mana-mana la yang ada orang... nak tgk manusia tak dak... tgk orang jela...

????????????

**********************************