Friday, May 22, 2009

Tanah yang subur

Dalam kitab hikam ada sebut;

Jikalau engkau ada sebiji benih yang baik, semailah ia di tanh yang subur. Tebaslah semak samun dan rumput, gembur tanah kemudian barulah disemai benih itu. Siram dan bajailah ia supaya terus subur dan membesar dengan sihat

Kata Tok Guru;

Ilmu rahsia janganlah diberi pada yang tidak layak, kelak menjadi rosak


Ilmu rahsia umpama pakaian dan mahkota Baginda Rasulullah buat para pewarisnya. Maka jagalah amanah ini sebaiknya. Jangan sampai terlepas ke tangan orang yang tidak layak dan tidak tahu menghargainya.

Sebenar-benar membazir

Di tanya oleh Tok Guru;
Yang manakah dikatakan membazir? Kalaulah kita makan nasi tak habis, kemudian semut makan, tikus makan, ayam makan, burung makan...


Setelah semua mendiamkan diri atau memberi jawapan tidak tahu, lalu dijawab oleh Tok Guru sendiri;

Yang dikatakan sebenar-benar membazir adalah orang yang membazirkan masa dan usianya dengan tidak mencari/mengenal Allah...
Firman Allah;
Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh... (Al-Asr). Maka dengan ayat ini kita dapat melihat betapa membazir dan ruginya mereka yang membuang masa dan usianya dengan perkara tidak berfaedah.

Wednesday, May 6, 2009

Yakin: Ayat kursi

Ada satu orang Ustaz bercerita tentang kelebihan Ayat Kursi pada anak-anak muridnya.

Ada pula satu orang muridnya, duduknya di luar sahaja. Hanya mendengar dari celah pintu.

Ustaz ni kata;
Ayat kursi ni kalau baca 7x keliling kebun, pencuri masuk tak bleh keluar


Kemudian murid-muridnya balik pun masing-masing buat la amalan yang ustaz bagi tu.

Kemudian heboh satu kampung kebun anak murid ustaz yang duduk luar td pencuri masuk kebun tak bleh keluar.

Lalu ustaz pun tanya pada si murid tadi macam mana dibacanya sehingga menjadi?

Dijawap;
Saya buat macam ustaz ajar la. Baca ayat Kursi 7x keliling kebun


lalu di tunjukkan dgn mengambil sebiji durian lalu dikelilingnya sambil baca ayat Kursi 7x... Bacaanya berbunyi...
Ayat Kursi... Ayat Kursi... Ayat Kursi... Ayat Kursi... Ayat Kursi... Ayat Kursi...Ayat Kursi...


hahaha... Tergelak besar Ustaz tersebut.

Inilah cerita yakin. Kalau kita dah yakin segalanya boleh berlaku. Yakin boleh. Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan

Rezeki Yang Dijamin

Ada orang kata;

rezeki takkan masuk ke mulut sendiri kalau tak usaha suap



Tok Guru cerita;

Ada satu orang, dia tak percaya rezeki Allah dah jamin bagi setiap anak Adam. Jadi dia suruh orang ikat kaki tangan kemudian ikat ke pokok. Biar je kat situ. Tapi ada satu orang datang, dia tgk orang terikat cmtu dia kesian. Dia tak tau orang tu saja ikat diri taknak makan. Terus disumbatnya roti paksa makan.


Jadi kat sini terbukti rezeki Allah jamin. Jadi jangan takut dalam hal mencari rezeki. Mintak jelah pada Allah. InsyaAllah.

Tok Guru cerita lagi;

Ada 4 perkara takkan berubah dengan usaha:
1. Jodoh
2. Rezeki
3. Masa mati
4. Tempat mati


Tok Guru lain pulak cerita;

Khalid al-Walid, Panglima Perang terhebat zaman Khalifah Umar al-Khatab, selalu mintak pada Allah nak mati di medan Perang, mati syahid. Akhirnya beliau tetap mati atas tempat tidur. Sebabnya Allah dah janji macam tu


Tok Guru lain lagi cerita;

Boleh jadi ulama mati tepi jalan, boleh jadi pula penagih mati atas katil


Maksudnya: Di sisi Allah kita ni belum tentu mulia atau tidak. Juga tak pasti lagi takdir akhir kita di mana.