Thursday, May 20, 2010

Mas Kahwin

Kesempatan bertemu Tok Guru pasti tidak dilepaskan untuk bertanya beberapa persoalan.

Kebetulan, kedatangan Tok Guru hampir ke majlis pernikahan. Maka saya menanyakan soalan mengenai mas kahwin. Apakah mas kahwin yang sepatutnya dan sebenar-benarnya?

Kata Tok Guru
Mas Kahwin yang sebenar adalah antara pasangan tersebut. Lelaki akan bersoal jawap dengan perempuan. Antara persoalannya adakah perempuan sudi menjadi isteri, apa yang diharapkan, apa keinginan perempuan dan apa sebabnya menerima lelaki sebagai suami.

Kemudian si perempuan pula akan menyoal lelaki.

Setelah sama-sama setuju barulah diberi 'tanda' mas kahwin sebagaimana yang biasa difahami sama ada wang, barang kemas dan sebagainya.

Saturday, May 15, 2010

Persoalan

Mungkin ditakdirkan, saya membawa rakan sekerja dari Indonesia makan angin di Malaysia. Antara tempat tujuan adalah air terjun dan resort.

Mandi manda di Sg. Sendat Ulu Yam. Setelah selesai ke Batang Kali makan tengahari atau maksi bahasa mereka(makan siang). Semasa makan ditanya semula akan perancangan mereka ingin bermalam di Janda Baik Pahang pada malam tersebut. Memandangkan kesibukan mereka yang perlu menyelesaikan tugasan saya ingin memastikan percutian ini benar-benar aman dan menepati 'niat' saya. Biarlah pada ketentuan.

Akhirnya diteruskan juga menuju ke Janda Baik petang itu dengan harapan bermalam dan berehat menikmati suasana tanah tinggi Janda Baik. Tergerak oleh keturunan rakan indonesia ini dan berlatarbelakang pesantren saya mencadangkan Janda Baik kerana agak biasa dengan tempat ini dan ada 'seseorang' di sana. Namun mungkin sudah begitu ketentuannya.

Sampai di Janda Baik hari sudah petang, saya tinggalkan sahabat indonesia ini di surau dan mencari 'Atuk' untuk membantu mencari rumah tumpangan. Seperti sudah ditakdirkan bertemu ditengah jalan sahaja kami. Diberitahukan hasrat dan tujuan. Kebetulan lagi rakan-rakan dari Cheras juga turut ada disana dan bermalam di sana.

Saya kembali ke surau mengambil rakan indonesia tersebut ke Pondok Impian.

Sampai di Pondok Impian sahabat-sahabat dari KL beserta Atuk tengah rancak berborak. Saya hanya memperkenalkan rakan Indonesia ini sebagai 'pakar IT' kepada Atuk. Watak guru nyata terpamer pada hari itu, diminta izin atuk menanyakan soalan kpd pakar IT ini. Soalannya;
Data/Maklumat, Pemproses/Otak dan Tenaga elektrik/power. Apabila dipisahkan ketiga-tiganya di mana pergi maklumat tersebut?