Monday, December 13, 2010

Jangan cakap, jangan buat

Nabi ada kata

Jangan cakap apa yang kau tak tahu, jangan buat apa yang kau tak tahu.

Sunday, December 12, 2010

73 golongan?

Atuk, Nabi ada kata umatnya akan terbahagi kepada 73 golongan. Hanya satu yang diterima. Mana satu yang diterima tu atuk?

menurut pendapat atuk, golongan tu bukan syiah ka, wahabi ka, sunnah ka, tapi golongan "yang mengenal diri".

Sunday, November 28, 2010

Pertolongan Syaitan

Pada suatu hari, Saidina Ali berjalan ke masjid untuk berjemaah Subuh bersama Rasulullah dan para sahabat. Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba Saidina Ali terpijak lopak air dann terjatuh, habis kotor pakaian baginda. Lalu kembalilah baginda ke rumah menukar pakaian.

Setelah menukar pakaian, berjalanlah semula baginda ke masjid. Apabila sampai ke lopak air tadi, sekali lagi baginda terjatuh. Lalu kembalilah semula ke rumah menukar pakaian.

Setelah itu, berjalanlah lagi Saidina ALi ke masjid. Apabila sampai ke lopak tadi, sekali lagi Saidina Ali hampir terjatuh, tetapi tak terjatuh, seolah-olah berlaku keajaiban. Baginda pun teruslah berjalan ke masjid menunaikan solat subuh bersama Rasulullah.

Selepas solat subuh, baginda pun bercerita perihal kejadian tadi kepada baginda Rasulullah SAW. Lalu baginda Rasulullah SAW berkata, Syaitanlah yang telah menyelamatkan kamu untuk kali ketiga tersebut. Saidina Ali kehairanan lalu bertanya kenapa syaitan menolong baginda. Rasulullah menjawap,
Kali pertama kamu terjatuh, Allah ampunkan segala dosa kamu. Kali kedua kamu terjatuh Allah ampunkan segala doa Keluarga kamu. Nescaya kalau kamu jatuh kali yang ketiga Allah akan ampunkan dosa seluruh penduduk Mekah. Syaitan takut segala dosa penduduk Mekah terampun, maka sia-sialah usahanya selama ini.

Monday, November 8, 2010

Nasi Kerabu

Tau tak nasi kerabu? Semua ada campur sekali. Campur gaul.

Macam itu la orang skrg berdoa. Semua campur skali sampai tak tau beza doa apa.

Doa rezki campur dgn doa selamat. Campur doa mustajab campur doa hajat.. Caca marba

Doa ni ada syarat rukun dan hukum.

Syarat doa:
1. hati yg ikhlas
2. hendaklah belajar
3. tubuh yg suci
4. ada wudhuk

Rukun Doa:
1. menerima dgn guru
2. bahagian2nya

Hukum Doa
1. Sebutan biar betul

Sunday, November 7, 2010

Dajjal

Ikuti Perbualan berikut;

Soalan: Tok, dajjal ni macam mana?

Tok: Akal fikiran manusia. Akal fikiran manusia yang jahat.

S: Dajjal ni yang kata mata satu tu?

T: Mata satu la. Asyik tgk dunia saja. Akhirat tak mau tgk.

S: Abis tu ada ketua ke mcm mana?

T: Ketua Dajjal N****. hehehe...

Org politik...

T: Org politik ni dajjal la. Semua buat utk dunia saja. Sanggup buat apa saja utk parti.

S: Nik **** mcm mana? Dia tok guru..

T: tok guru mana kira parti2... dia pon sama la buat utk politik.

emmmmm... ok..


Fikir2kan.

Thursday, May 20, 2010

Mas Kahwin

Kesempatan bertemu Tok Guru pasti tidak dilepaskan untuk bertanya beberapa persoalan.

Kebetulan, kedatangan Tok Guru hampir ke majlis pernikahan. Maka saya menanyakan soalan mengenai mas kahwin. Apakah mas kahwin yang sepatutnya dan sebenar-benarnya?

Kata Tok Guru
Mas Kahwin yang sebenar adalah antara pasangan tersebut. Lelaki akan bersoal jawap dengan perempuan. Antara persoalannya adakah perempuan sudi menjadi isteri, apa yang diharapkan, apa keinginan perempuan dan apa sebabnya menerima lelaki sebagai suami.

Kemudian si perempuan pula akan menyoal lelaki.

Setelah sama-sama setuju barulah diberi 'tanda' mas kahwin sebagaimana yang biasa difahami sama ada wang, barang kemas dan sebagainya.

Saturday, May 15, 2010

Persoalan

Mungkin ditakdirkan, saya membawa rakan sekerja dari Indonesia makan angin di Malaysia. Antara tempat tujuan adalah air terjun dan resort.

Mandi manda di Sg. Sendat Ulu Yam. Setelah selesai ke Batang Kali makan tengahari atau maksi bahasa mereka(makan siang). Semasa makan ditanya semula akan perancangan mereka ingin bermalam di Janda Baik Pahang pada malam tersebut. Memandangkan kesibukan mereka yang perlu menyelesaikan tugasan saya ingin memastikan percutian ini benar-benar aman dan menepati 'niat' saya. Biarlah pada ketentuan.

Akhirnya diteruskan juga menuju ke Janda Baik petang itu dengan harapan bermalam dan berehat menikmati suasana tanah tinggi Janda Baik. Tergerak oleh keturunan rakan indonesia ini dan berlatarbelakang pesantren saya mencadangkan Janda Baik kerana agak biasa dengan tempat ini dan ada 'seseorang' di sana. Namun mungkin sudah begitu ketentuannya.

Sampai di Janda Baik hari sudah petang, saya tinggalkan sahabat indonesia ini di surau dan mencari 'Atuk' untuk membantu mencari rumah tumpangan. Seperti sudah ditakdirkan bertemu ditengah jalan sahaja kami. Diberitahukan hasrat dan tujuan. Kebetulan lagi rakan-rakan dari Cheras juga turut ada disana dan bermalam di sana.

Saya kembali ke surau mengambil rakan indonesia tersebut ke Pondok Impian.

Sampai di Pondok Impian sahabat-sahabat dari KL beserta Atuk tengah rancak berborak. Saya hanya memperkenalkan rakan Indonesia ini sebagai 'pakar IT' kepada Atuk. Watak guru nyata terpamer pada hari itu, diminta izin atuk menanyakan soalan kpd pakar IT ini. Soalannya;
Data/Maklumat, Pemproses/Otak dan Tenaga elektrik/power. Apabila dipisahkan ketiga-tiganya di mana pergi maklumat tersebut?